21 November 2012 , 11.30 am otw balek selepas jawab paper Sejarah 1 STPM , saya dan Fik accident motor kat Mahkota Cheras depan Mahkota Point , langgar lori towing car .
malang memang ta berbau , accident jadi dalam sekelip mata , Fik ta sempat na brek bila lori tu na belok , Fik tercampak jauh , dia kena paling terok , sebab dagu dia koyak kena 4jahitan , then kaki dia kena gilis nan tayar lori tu , tapi nasib baik ta patah , just bengkak , luka dan lebam di beberapa tempat .
saya tade yang terok , just bengkak kat lutut , dan luka sikit2 .
saya nampak cane Fik tercampak , then keadaan dia masa dia da terbaring kat tengah jalan raya tu , saya takot sangat , banyak sangat darah , Fik mamai , macam na tido , dia lemah sangat , saya jadi ta tentu arah tengok dia masa tu , badan saya jadi sejuk , saya ta faham apa perasaan saya masa tu , tiba2 ramai yang datang , angkat Fik letak kat tepi , selepas sejam tunggu ambulans sampai , bawa ktrg pergi hospital kajang , masa kat dalam ambulans tu , Fik sempat lagi buat lawak , kata da ta handsome la , saya cakap la bahu dia macam bengkak tapi dia kata itu bukan bengkak , itu tough :)
selepas ktrg berdua di scan dan x-ray alhamdulillah tade apa yang terok , tapi Fik kne tahan masok wad for 1day .
masa temankan Fik kat wad semalaman tu , kesian tengok dia , ta boleh na jalan , susah na gerak , semua saket , hmm , tapi dia masih boleh buat lawak :')
semalaman kat wad saya ta boleh tido , tiap kali na lelap mata , asyik terbayang je masa accident tu , asyik terdengar bunyi motor tu kena langgar , call mama ta jawab sebab da tido , hanya mampu nanges je , naseb baek Fik da tido , disebabkan saya ta boleh tido , saya tengok Fik je la dia tido lena sangat , kesian dia berpeloh2 masa tido , tiba2 pukul 3am dia bangun , ktrg borak2 kejap , then dia tertido , bila da pagi tu , dia da bangun , semua pesakit makan makanan hospital sediakan , tapi Fik makan KFC , haha tergelak doctor practical bila tanya Fik makan apa sarapan .
alhamdulillah kami selamat , ya Allah , terima kasih kerana beri kami peluang lagi untuk hidup :')
dan terima kasih kepada semua kawan2 kami yang datang melawat , maaf la buat korg risau , dan maaf jugak to both our family sebab buat risau :')
luka ni kena 4jahitan
lebam , tapi dia kata bukan lebam , ini TOUGH , haha
benda ni , bila Fik dah na discharge baru na letak -_____-
my knee , lebam sikit .